Wednesday 31 December 2014

Lawatan ke Kandang Alwi di Bidor

Ini cerita dua minggu lepas. Dalam perjalanan kami sekeluarga pulang bercuti di kampung, kami singgah di ladang Alwi Goat Farm. Aku rasa semua penternak baru akan teruja untuk berjumpa dengan beliau. Knowledgeable person. Info yang diberikan sangatlah berguna kepada kami yang dahagakan ilmu tentang penternakan ini. Sungguhpun soalan kami biasa-biasa sahaja tapi beliau melayan kami dengan sabar. Maklumlah belum beroperasi. Nak tanya apa pun tak tau. Just berkongsi dengan beliau rancangan kami, di mana nak buat kandang, berapa ekor nak bela???...bla..bla... Sudah tentu beliau tak rasa challenging nak layan soklan-soklan yang biasa-biasa begini. Anyway thanks to Mr Alwi!. Hope we will meet again with more brilliant questions from us :-)).

Nak cari tempat Alwi ni kami tersesat jugak..terlajak.. jadi beliau tunggu kami tepi jalan so kami ikut keretanya. Sememangnya kami dah buat appointment jumpa beliau dua hari awal. Actually dah sedikit sebanyak tahu siapakah beliau.. sebab sejak nak bela kambing ni, hari-hari  duk mentelaah blog beliau. Banyak idea dia ni dalam bloq...penuh informasi, imaginasi and full with sense of humor. Kadang aku gelak sorang2 baca blok dia ni...


Jom layan gambar kat sana...





Masa kami ikut kereta beliau dari belakang, ingatkan dalam tu beliau bersama isteri dan anak2 saja....rupa-rupanya ada jejaka ni kat belakang...oiii malunya...nampak teloq tu...


Ni tempat beliau simpan gen set... Kos lupa nak tanya...


Alat penimbang... semua kambing2 ni jaga badan kot. Pagi2 bangun tidoq timbang berat badan mcm orang pompuan selalu buat...hahaha...
Kena beli alat timbang nanti....




Hoiii....mengintai yer...
Mesti kambing tu duk dengar kami sembang...depa ni nak mai beli aku ka???



Beliau sedang menerangkan sesuatu. Aku pun dah lupa tentang apa. Very profesional man!!! Sori Mr Alwi, including your photo without permission. 

Setelah berkenalan dengan Mr Alwi dan kambing-kambingnya, kami pun meneruskan perjalanan. Anak2 pun terhibur dengan pengalaman baru ini. Yes!!! Semangat kami membara...

Thank You.




Sunday 14 December 2014

Melawat Ladang Kambing Ar-Raudah


Ini kisah Ahad lepas, di mana aku dan suami berkesempatan melawat kandang kambing Ar-Raudah. Temu janji telah dibuat lebih awal dengan Puan Fatimah. 
Pn. Fatimah  bercuti pada hari itu. (Ahad). Jadi kami dilayan oleh Dr. Lidya  Cahyatrianti dan Ass Vet Officer, Cik Hasmaliza Sabri. 

Kami dibawa ke kandang pejantan, kandang betina, anak2 kambing dan kawasan memproses makanan kambing. 


Jom tengok pejantan yang menang kat MAHA hari tu. Demam la pulak hero ni... selsema.... Kesian berair mata...

Dr. Lidya kata, ni sebab masa kat MAHA ari tu,  cuaca panas dan hujan menyebabkan stress pada kambing...

Dr. Lidya dan pembantunya menerangkan proses membuat silaj.   

Ada jadual pemakanan di sini  :-)



Lagi kadang kambing...




Kambing yang telah ditempah orang...





Terima kasih pada Dr. Lidya dan Cik Hasmaliza yang sudi melayan kami sepanjang hampir 2 jam kami di sana.


Nantilah kehadiran kami dalam industri ini. Insyaallah!.

Kami masih perlu menimba ilmu dalam bidang ini.



Friday 12 December 2014

Maha 2014


Assalamulaikum,

             Kami mengorak langkah mengumpul ilmu dan maklumat tentang penternakan kambing di Malaysia. Langkah pertama, kami mengunjungi pameran Maha yang diadakan di Serdang. 


Apabila sampai, kami terus menuju ke pameran penternakan kambing untuk mengutip sebanyak mana info yang boleh. Memang terlalu dahagakan ilmu penternakan kambing ni. Umpama pucuk dicita ulam mendatang. Perlu digest sebanyak mungkin.