Saturday 28 February 2015

Salam Perkenalan


Assalamualaikum,


                         Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, blog ini dihasilkan. Sesungguhnya dengan ilmu yang sedang ditimba ini, kami amat mengharapkan agar dapat berkongsi pengalaman dengan otai-otai penternak kambing yang telah sekian lama berkecimpung dalam bidang ini. InsyaAllah.

Terima Kasih!!!

Friday 2 January 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015


Assalamualaikum,

Sebelum aku lupa, atau mungkin aku dah terlewat sehari... tapi aku nak juga ucap Selamat Menyambut Tahun Baru buat semua penternak-penternak kambing di Malaysia. Mungkin aku masih baru dan belum dikenali oleh kalian semua namun demikian belum mematahkan semangat aku untuk terus bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam komuniti ini. Sudah tentu banyak tuan-tuan dari puan-puan kan... tak pa la ...boleh aku join Cikgu Zuraini dari Denai bonda Multi Farm...heheheh.  Teringin jugak nak melawat ladang cikgu ni. Insyaallah kalau ada masa nanti bila-bila free boleh singgah. Terima kasih kepada rakan-rakan penternak yang melayan soalan-soalan aku dalam facebook... Semoga kalian semua maju jaya di tahun kambing ini.


Bye...bye.. tahun 2014
  

Melawat Ladang Don Jenal


      Lagi cerita dua minggu lepas. Sehari lepas melawat ladang Alwi... kami mengatur langkah ke ladang kambing Don  Jenal.      http://projekkambingmuda.blogspot.com/.

      Sebenarnya aku rasa beruntung sangat. Sebab kebetulan pulak tempat Don Jenal ni, sebelah jer dengan kampung aku. Dalam 10 minit saja nak pi sana. Seperti biasa appointment dibuat lebih awal. Al maklum la kan...dia kan DON...
Baik budak ni, rajin, semangat kental dan penuh info berguna. Kiranya bila bercakap dengan dia, is like macam google dalam internet. Kambing dia ada dalam 60 ekor dalam kandang masa kami sampai tu. Tak tau la kalau ada lagi yang dok meragut dalam kebun sawit belakang kandang dia. Kandang dia ni sebelah jer dengan rumah dia. Senang nak jaga. Beliau ni memang tak lokek ilmu. Siap offer nak ajar mcm mana nak suntik kambing, potong kuku kambing etc. Terima kasih Don!

       Aku berkenalan dengan beliau dalam wapps saja. Then rajin gak duk baca blog dia. Muda belia lagi dia ni...Kami ni dah masuk kategori veteran..hahahah. Tapi tak kisah kan sbb bole jer buat kawan. Dia pun tak nampak kekok sembang2 dgn kami suami isteri.

Jom layan gambar-gambar bersama Don...

Kami kejar Don... Lajunya dia...


Kambing-kambing di ladang Don...
Beliau dalam proses membesarkan kandangnya...


Don sedang memberi penerangan... very profesional...




  Anak kambing Don. Nama dia Siti...owhhh so kiut...
Suka ikut aku anak kambing ni...aku naik kandang dia ikut, aku turun kandang pun dia ikut...aku rasa macam aku mak Siti pulak....hehehe. 
                                     


Aku melihat ketabahan dan kesungguhan dalam diri anak muda ini. Aku yakin dia boleh berjaya.


Terima Kasih Don Jenal! Banyak pertolongan dia pada kami sebenarnya...